Watch Dogs Legion: Rekrut & Main Pelbagai Penggodam Di Bandar London Moden, Bakal Lancar Pada Mac 2020

Setelah banyak perkara dibocorkan, Ubisoft mengumumkan game ke-3 untuk Watch Dogs.

Semasa persidangan Ubisoft di E3 2019, Ubisoft Toronto membawakan Watch Dogs Legion kepada pemain menyelurusi jalan-jalan bandar London. Saksikan video gameplay berdurasi 10 minit di bawah:

Dalam Watch Dogs Legion, korang boleh main pelbagai jenis karakter yang terlibat dalam persatuan DedSec iaitu persatuan pemberontak yang jadi sinonim dalam siri Watch Dogs. 

Video gameplay di atas menunjukkan korang boleh memilih untuk bertahan jadi seseorang lebih lama tetapi mempunyai kemungkinan untuk mati selama-lamanya (permadeath). Kemudian, pemain boleh bertukar-tukar karakter seperti menjadi nenek yang sebenarnya bekas pembunuh upahan atau seorang wanita muda menggodam fasiliti menggunakan teknologi dron dan telefon pintar.

Ubisoft juga mengetengahkan trailer lain yang menjelaskan jalan cerita Watch Dogs Legion seperti di bawah:

Dalam persekitaran bandar London yang moden, bandar ini dikawal ketat oleh kerajaan dan sentiasa di bawah pengawasan rejim kejam. Ini memberi peluang kepada pemain untuk rekrut seramai mungkin penggodam DedSec dan membentuk pasukan tersendiri untuk membebaskan bandar London.

Watch Dogs Legion bakal dilancarkan pada 6 Mac 2020 di PC, PS4, Xbox One dan Google Stadia.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+