Wild Rift Icons Global Championship 2022 akan diadakan di Singapura – RM8 juta jumlah wang terkumpul

Riot Games baru-baru ini mengumumkan Wild Rift Icons Global Championship 2022 akan diadakan di Suntec Convention dan Exhibition Center di Singapura.

Suntec Singapura juga pernah mengadakan perlawanan Wild Rift Horizion Cup 2021 tahun lepas.

Pertandingan akan bermula pada 14 sehingga 18 Jun ini dan perlawanan akhir akan bermula pada 9 Julai depan.

05082022_Icons2022AnnouncementPiece_image22_opt.png

Pertandingan ini akan membawa 24 pasukan dan lapan pasukan akan terus layak dari perlawanan pertandingan dari rantau masing-masing.

Manakala 16 pasukan lain pula bakal berentap di pentas untuk mendapatkan tempat.

Boleh dikatakan Wild Rift Icons Global Championship ini akan menjadi pertandingan penuh berprestij untuk e-sukan Wild Rift dengan jumlah wang terkumpul sebanyak RM8 juta untuk direbut.

Icons pada mulanya diumumkan di Eropah tetapi disebabkan masalah permohonan visa, pertandingan akan ditukarkan ke Singapura.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman rasmi Wild Rift.

RELATED NEWS

+