Wild Rift: Patch 1.1 sudah dilancarkan, banyak champions dikenakan nerf

Riot Games, pembangun permainan mudah alih, Wild Rift kini telah mengemaskini permainan tersebut dengan kemaskini patch 1.1.

Patch 1.1 membawa perubahan seperti berikut:

  • Menaik taraf champion seperti Varus, Akali dan Evelynn
  • Menurun taraf champion seperti Jhin, Ezreal, Amumu, BlitzCrank, Lee Sin dan juga Gragas

Perubahan ini disebabkan oleh kerana kekuatan champion seperti Varus tidak setanding dengan ADC (Attack Damage Carry) yang lain. Mereka menaif taraf movement speed dan juga abiliti ke-2 Varus.

Selain itu, Akali pula dikatakan sangat lemah sewaktu champion ini diperkenalkan di dalam permainan. Oleh itu, mereka telah menaik taraf armor Akali sebanyak 5 mata. Manakala, abiliti pasif dan jurus ke-2 dan ke-3 ditambah baik.

Manakala, mereka memberi Eve lebih jarak untuk melaksanakan abiliti Hate Spike supaya dia dapat charm dengan lebih mudah dan menyumbang kepada perlawanan panjang.

Champion yang telah diturunkan taraf disebabkan mereka terlalu kuat dengan meta yang terkini. Ini mengakibatkan permainan tersebut tidak mencabar dan pihak lawan mempunyai peluang yang kurang untuk counter play.

Di samping itu, Riot Games juga mendengar keluhan peminat dan komuniti tentang masalah champion tank yang dirasakan tidak kebal dan mudah untuk tumpas di dalam perlawanan.

Oleh itu, mereka telah menurun taraf kelengkapan anti tank seperti last whisper dan mortal reminder percentage sebanyak 5%.

Di dalam patch ini juga mereka akan menggantikan Cooldown Reduction dengan statistik baru yang dipanggil Ability Haste, selaras dengan permainan League of Legends di pelantar PC.

Mereka juga telah membuat beberapa perubahan pada buff strategi baru dan nerf yang terlalu mudah untuk diambil. Kelengkapan seperti Teleport Enchant, Statis Enchant telah dimurahkan harga dan Quicksilver Enchant telah dinaikkan harga.

Seterusnya, mereka juga telah meningkatkan waktu respawn pada beberapa raksasa di jungle untuk memberi pasukan lebih banyak masa dan peluang untuk mengalahkan musuh mereka sebelum bergegas ke objektif seterusnya.

Bagi mengamalkan permainan yang sihat dan tidak menggangu meta jungle, Smite sekarang mengurangkan XP didapati dari membunuh minion sebanyak 20% untuk 5 minit pertama permainan.

Apakah pendapat korang semua tentang patch terbaru ini, adakah champion korang telah diturun taraf atau dinaik taraf? 

RELATED NEWS

+