Xbox bakal melancarkan stor permainan mudah alih Julai ini

Xbox akan melancarkan stor permainan video mudah alih mereka sendiri bermula Julai ini.

Hanya versi browser sahaja yang akan dilancarkan setakat ini.

Pengumuman ini dibuat oleh Sarah Bond yang juga Presiden Xbox ketika temuduga di Bloomberg Technology Summit.

Setakat ini, tiada lagi aplikasi yang akan dikeluarkan kerana permainan itu boleh dimuat turun terus dari browser telefon anda.

Xbox akan membawa permainan portfolio mereka iaitu Minecraft dan Candy Crush dan kemudiannya diikuti permainan dari Activision Blizzard.

Dikatakan stor permainan video mudah alih ini mula dibikin sudah beberapa tahun lepas lagi.

Microsoft juga akan mengadakan Xbox Games Showcase pada 9 Jun ini yang mungkin akan memberi informasi lebih mengenai pelantar baru ini.

Microsoft Xbox baru-baru ini juga telah menutup 4 studio permainan video mereka.

RELATED NEWS

+