Xbox cipta alat kawalan bertemakan Wonka yang boleh dimakan

Xbox mengumumkan alat kawalan yang dihasilkan hanya daripada 100% coklat.

Alat kawalan ini adalah kolaborasi bersama Warner Bros. untuk menyambut filem Wonka yang akan datang tidak lama lagi.

Sudah semestinya alat kawalan ini akan dibalut dengan pembalut emas sama seperti tiket emas terkenal yang Charlie dapat untuk ke Willy Wonka’s Chocolate Factory.

Wonka adalah filem prekuel Charlie and the Chocolate Factory dibintangi Timothee Chalamet sebagai pengusaha chocolatier.

Anda berpeluang untuk memenangi alat kawalan coklat ini dengan menyertai peraduan dibawah.

Bukan itu sahaja anda akan medapat lima coklat truffles yang mengikut tema Xbox: Achievement Hunting, Button Masher, Your Citrus Sidekick, Xtra Kick, dan Wonka for the Win.

Macam agaknya rasa coklat ini?

RELATED NEWS

+