Yoodo x Pokemon Unite – Telco pertama kolaborasi dengan Pokemon Company

Yoodo adalah perkhidmatan mudah alih pertama di Malaysia yang bekerjasama dengan The Pokemon Company.

Ini adalah kerjasama pertama sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dengan syarikat gergasi daripada Jepun ini.

Pokemon UNITE juga bakal menyambut ulangtahun pertama mereka. Nantikan lebih banyak hadiah untuk dimiliki dan Pokemon untuk didapati.

Kerjasama ini juga akan membawa pertandingan rasmi Pokemon UNITE pertama di Malaysia iaitu Kejohanan Terbuka Pokemon UNITE Malaysia yang berjumlah  AS$20,000 (RM80,000).

Sejak April 2022, Pokemon UNITE sudah dimuat turun lebih daripada 70 juta kali di serata dunia melalui semua pelantar.

“Sememangnya kami amat berbangga untuk bekerjasama dengan The Pokémon Company yang dikenali serata dunia. Kebanyakkan dari kita membesar dengan Pikachu dan Charmander dan Yoodo sebagai syarikat telco Malaysia yang pertama untuk menjalinkan kerjasama dengan jenama global terkemuka yang penuh nostalgia amatlah penting bagi kami.

“Kami berharap pertandingan yang bakal dianjurkan ini juga akan menjadi platform untuk lebih ramai lagi bakat-bakat e-sukan Malaysia untuk mempamerkan kemahiran mereka dan ini menunjukkan bahawa kami amat berdedikasi dalam menyokong bakat tempatan daripada tahap akar umbi,” tambah Chow Tuck Mun, Ketua Yoodo.

Yoodo juga akan memperkenalkan add-on untuk Pokemon UNITE sama seperti PUBG Mobile dan MLBB.

Pendaftaran Kejohanan Terbuka Pokemon UNITE Malaysia 2022 akan dibuka dari 27 Julai sehingga 30 Ogos, dan Grand Finals akan diadakan pada 10 September ini.

RELATED NEWS

+