Yoru akan menerima perubahan di Episode 4 Act 2

Riot Games mendedahkan rancangannya untuk memperbaiki Agent VALORANT Yoru sebagai sebahagian daripada kemaskini Episod 4 Act 2.

Dalam catatan blog baharu daripada penerbit VALORANTJohn Gosicki dan pereka permainan Ryan Cousart, kedua-dua pembangun membincangkan kerja semula Yoru untuk Episode 4 Act 2, meneliti kemahiran watak dan cara perubahan itu akan memberi kesan kepada permainan.

Kelebihan Watak

Kedua-dua pembangun itu mula membincangkan Fakeout, keupayaan Yoru yang pada masa ini membolehkannya meniru bunyi tapak kakinya sendiri untuk menipu musuh.

Dengan kerja semula baharu, Fakeout kini akan mencipta salinan penuh Yoru sebaliknya yang akan berjalan ke hadapan, dan apabila ditembak, meletup dan membutakan musuh. 

Pembangun itu berkata perubahan ini agak berkesan semasa ujian perubahan watak dijalankan.

Manakala, untuk Gatecrash pula, tidak banyak yang diubah selain daripada elemen seni tambahan untuk menangani ‘lopak’ yang ditinggalkan di atas tanah selepas teleport palsu untuk lebih mengenali sama ada teleport itu benar atau palsu.

Bagi keupayaan Ultimate Yoru, Dimensional Drift, dia tidak lagi akan didedahkan kepada musuh dan akan dapat menggunakan semua keupayaan semasa dalam Dimensional Drift.

Musuh masih dapat mendengar jejak kaki Yoru, tetapi jarak pengelihatan akan dikembangkan berbanding sebelum, manakala masa diperlukan untuk meninggalkan Dimensional Drifgt ditingkatkan sedikit. Tempoh masa untuk mengaktifkan Dimensional Drift juga ditambah, menghalang pemain menjadi kebal apabila mengaktifkannya.

Dengan perubahan ini, semoga Yoru menjadi lebih meta, kerana watak ini sememangnya jarang dilihat dalam permainan kompetitif VALORANT dan dianggap tidak berguna.

Sumber rujukan: Riot Games

RELATED NEWS

+