Asphalt 9: Legends Diumumkan – Satu Lagi Game Masa Lapang Untuk Peminat Lumba Kereta!

Dah 5 tahun Gameloft tak mengeluarkan main entry bagi siri Asphalt. Tapi sekarang lepas beberapa spin-offs, francais perlumbaan kereta yang popular itu akan kembali dengan Asphalt 9: Legends.

Sesuai dengan tajuknya, permainan mudah alih ini akan dipenuhi dengan aksi perlumbaan yang mantap, perlanggaran slow-motion dan visual sangat mengagumkan daripada Gameloft sendiri.

Ia akan memperkenalkan 50 kereta berjenama seperti Ferrari, Porsche, Lamborghini dan banyak lagi serta 70 litar lumba yang berasaskan lokasi sebenar, setiap satunya dengan layout yang unik.

Pemain boleh mengambil bahagian dalam mod Career menerusi 800 perlumbaan ataupun berdepan sehingga 8 pemain lain dalam mod World Series Multiplayer. Satu penambahan lain ialah Club yang mana pemain boleh menubuhkan ataupun menyertai komuniti dan bekerjasama mengejar ganjaran.

Sedihnya setakat ini, Asphalt 9: Legends hanya disahkan keluaran untuk iOS dan akan soft launch di Filipina. Pastinya ia akan keluar ke Android tapi bukan dalam masa terdekat. Gameloft juga belum mengumumkan sebarang tarikh keluaran rasmi.

Sumber: AndroidAuthority

RELATED NEWS

+