Bintang CS:GO, FalleN Ganti Cristiano Ronaldo Untuk Syampu Clear Di Brazil

Personaliti atau pemain profesional e-sukan kini ada yang bergelar selebriti jadi tak hairanlah kalau mereka tampil dalam iklan produk kecantikan atau penjagaan rambut.

Terbaru, jenama Clear Men dari Perancis menggantikan pemain bola sepak terkemuka, Cristiano Ronaldo dengan pemain Counter Strike dari Brazil, Gabriel “FalleN” Toledo sebagai wajah komersial di produk penjagaan rambut tersebut.

Difahamkan, Clear ingin mensasarkan komuniti e-sukan yang terdiri daripada golongan milenials. 

Pada awal tahun lepas, pemain AWP di skuad MIBR ini pernah muncul di kaca televisyen dalam iklan syampu yang sama.

FalleN bersama pasukannya baru-baru ini meraih tempat kesepuluh – keduabelas di BLAST Premier Spring Series 2020 dan akan terus beraksi di Spring 2020 Showdon. Skuad Brazil ini juga akan bertanding di FLASHPOINT League yang akan bermula pada Mac 2020.

Pemain Dota 2 terkenal dari CIS, Ramzes juga pernah tampil dalam iklan sebuah produk syampu di Russia.

Tidak mustahil suatu hari nanti di Malaysia kita akan menyaksikan bintang e-sukan sebagai wajah komersial di kaca televisyen bagi produk kecantikan/rambut juga.

Sumber: Talkesports

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+