"> " /> " />

CEO Team Secret, John Yao berharap peminat beri ruang kepada OTG dan BiuBiu

Susulan daripada konflik dalaman Team Secret, Ketua Pegawai Eksekutifnya, John Yao tampil mengeluarkan kenyataan berkenaan isu tersebut.

Katanya dalam satu kenyataan, beliau mengakui tidak banyak kesilapan dalam bahagian pengurusan, termasuklah kakitangan, pemain ataupun pemain yang sudah meninggalkan organisasi tersebut. 

“Kami sentiasa tegas dan pada masa sama adil bagi membolehkan pasukan kami pamer prestasi terbaik mengikut kemampuan dan boleh menghiburkan anda semua, peminat.

“Sudah menjadi polisi kami untuk tak terbabit dalam konflik peribadi. Ada yang tak suka antara satu sama lain, ada yang boleh — jadi ia agak tak sesuai untuk organisasi campur tangan dalam konflik peribadi ini, selagi kedua-duanya bersikap profesional dan mempunyai matlamat untuk menang sebagai satu pasukan,” tulisnya.

John juga rapat dengan BiuBiu dan OTG dan beliau meminta netizen untuk menghormati privacy mereka.

Kenyataan penuh tersebut boleh dibaca di SINI.

Dalam beberapa perenggan akhir, John memuji OTG yang melakukan kerja dengan cekap dalam aspek pengurusan termasuk penyediaan kem latihan dan memenuhi keperluan pemain serta menguruskan jadual perlawanan mereka dan banyak lagi.

Menurutnya juga, kehadiran Rex menjadikan Team Secret mempunyai satu ahli ekstra untuk tujuan pemerhatian (jika tidak bermain) dan ia adalah keputusan bersama. Mereka ingin bereksperimentasi dengan meta dan gaya permainan baru.

Mereka juga membuat keputusan untuk meletakkan Biu pada Super Weekend 1, Rex di Super Weekend 2 dan memilih lineup terbaik untuk membawa momentum hingga akhir.

Katanya lagi, dari perspektif seorang rakan, beliau akan masuk campur jika diminta tapi segala konflik dalaman perlu diselesaikan antara mereka berdua sendiri.

Beliau juga ingin peminat terus memberikan sokongan dan tidak meletakkan tekanan yang berterusan kepada kedua-dua pihak.

Sumber: John Yao

RELATED NEWS

+