Diablos dan Rathalos muncul dalam trailer pertama filem Monster Hunter

Trailer pertama filem Monster Hunter yang diarahkan oleh Paul W.S. Anderson kini telah dimuat naik di YouTube. Ia mempertunjukkan jalan cerita utama, watak-watak, dan dua raksasa besar yang bakal muncul dalam filem tersebut iaitu Diablos dan Rathalos.

Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan askar Amerika Syarikat yang dibawa ke dunia Monster Hunter melalui sebuah fenomena luar biasa. Leftenan Artemis yang dilakonkan oleh Milla Jovovich merupakan ketua kumpulan tersebut dan Tony Jaa pula memainkan watak The Hunter, seorang pemburu raksasa yang handal.

Dalam trailer ini, dua raksasa besar yang terkenal dalam siri permainan Monster Hunter iaitu Diablos dan Rathalos telah muncul. Penulis-penulis filem ini nampaknya ketandusan idea untuk mencipta jalan cerita yang menarik tetapi sekurang-kurangnya rekaan raksasa-raksasa popular Monster Hunter kekal seperti dalam permainan.

Filem Monster Hunter akan tiba di pawagam pada bulan Disember tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+