Dragon Ball FighterZ: Special Launch Event Akan Diadakan Di London Pada 26 Januari

Dragon Ball FighterZ masih tinggal beberapa minggu untuk pelancaran tapi Bandai Namco mengambil langkah ke depan untuk memastikan pelancarannya nampak epik. Ini bermakna akan ada special event untuk membuatkan peminat teruja.

Walaupun kesemua acara itu belum diumumkan lagi, pihak Bandai telah umumkan satu acara istimewa bertempat di London, England pada Januari 26 ini – dan bagi peminat di sana, mereka juga berpeluang mendapatkan t-shirt istimewa bertemakan game itu. Fuhh bestnya!

Acara itu akan diadakan di Under the Bridge dan memaparkan beberapa game Dragon Ball untuk dimainkan peminat termasuklah Dragon Ball Z: Budokai 3, Dragon Ball Z Super Butoden dan FighterZ, semestinya.

Akan ada juga beberapa kejohanan yang akan diadakan bermakna peminat boleh memenangi hadiah-hadiah best!

Tarikh: 26 Januari, 2018

Alamat: Under the Bridge, Stamford Bridge, Fulham Road, London, SW6 1HS

RELATED NEWS

+