Edisi terhad Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 didedahkan

Di acara digital PC Gaming Show 2020, Paradox Interactive telah mengeluarkan satu lagi trailer baharu untuk Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 (VTMB2) dan mereka juga mendedahkan edisi terhad (Collector’s Edition) judul tersebut.

Watak popular daripada permainan video Vampire: The Masquerade – Bloodlines iaitu Damsel membuat kemunculan melalui trailer yang dipertunjukkan di PC Gaming Show 2020.

Edisi terhad judul ini dan segala kandungannya juga didedahkan melalui satu lagi video yang telah dikeluarkan pada waktu yang sama oleh laman YouTube rasmi World of Darkness.

Berikut adalah senarai kandugan Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 Collector’s Edition:

  • Permainan video VTMB2
  • Peta Seattle
  • Cakera vinyl tujuh inci yang mengandungi muzik latar rasmi
  • Figura watak Elif bersaiz 28cm
  • Bekas steelbook
  • Buku teras Vampire: The Masquerade edisi ke-5 (digital)
  • Kandungan tambahan dalam permainan video:
    • Pek pra-tempah “First Blood”
    • Pek “Unsanctioned Blood”
    • Pas “Season of the Wolf”

Pakej edisi terhad ini dijual dalam dua bentuk iaitu biasa dan standalone. Versi standalone dijual tanpa permainan video VTMB2 dan dikeluarkan untuk mereka yang telah pra-tempah VTMB2 secara digital.

Vampire: The Masquerade – Bloodlines 2 Collector’s Edition versi standalone dijual pada harga €109.99 (RM530). Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan juga pra-tempah edisi terhad ini, anda boleh melayari laman web rasmi Paradox Interactive.

VTMB2 akan dilancarkan di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One pada tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+