Emulator PUBG Mobile Diumumkan Oleh Tencent, Membolehkan Game Itu Dimainkan Di PC

Boleh dikatakan PUBG Mobile sangat popular dan pernah menduduki tangga teratas dalam carta App Store. Tidak seperti Fortnite Mobile, PUBG versi telefon pintar menyokong hampir kesemua peranti di iOS dan Android. Tapi bagi yang masih tak berpuas hati dan ingin menggunakan emulator, Tencent menjangkakan hal itu dan dah menyediakan option untuk korang!

Dinamakan Tencent Gaming Buddy, ia boleh dimuat turun dengan percuma. Korang juga bebas menukar grafik mengikut kesesuaian. Ia menyokong resolusi HD, Full HD dan 2K.

 

Tentunya, dengan perubahan ini, membuatkan pengguna emulator mempunyai kelebihan kerana menggunakan tetikus dan papan kekunci. Untuk itu, korang hanya boleh bertempur dengan pengguna emulator juga dan bukannya mereka yang berada di platform peranti pintar.

Kalau nak diikutkan, memang adil kerana reaksi di PC lebih pantas sebagai contoh, berpusing ke belakang, dan membidik dengan tepat menggunakan tetikus. Emulator ini boleh dimuat turun pada bila-bila masa in case korang nak cuba platform baru dan PC korang tak boleh run PUBG dengan baik.

Muat turun di SINI.

 

Sumber: Duniaku.net

RELATED NEWS

+