EVOS Esports umum kolaborasi bersama Visa di Indonesia

Organisasi e-sukan terkemuka Asia Tenggara, EVOS Esports mengumumkan kolaborasi strategik bersama peneraju pembayaran digital iaitu Visa di Indonesia. Ini adalah penyertaan pertama kali Visa dalam pasaran e-sukan di Asia Tenggara.

Antara pengisian kolaborasi ini ialah penggunaan Visa sebagai pilihan pembayaran apabila peminat mendaftar untuk keahlian EVOS Esports. Selain itu, EVOS Esports juga akan mengaktifkan pembayaran melalui Visa untuk mana-mana pembelian in-game-currency dan barangan (merchandise).

“EVOS Esports teruja dapat berkolaborasi bersama Visa yang kini memilih untuk berada dalam landasan e-sukan dan permainan buat pertama kalinya di Indonesia dan Asia Tenggara. Visa yakin dengan potensi e-sukan dan gaming sebagai platform terbaik untuk mendekati Milennials dan Gen Z.

“E-sukan bukan lagi sekadar ‘suka-suka’ tapi kini menjadi berbilion,” kata EVOS dalam satu kenyataan.

Visa juga percaya pembelanjaan kini  yang lebih terarah kepada pembayaran digital.

RELATED NEWS

+