Far Cry: New Dawn – Tewaskan Highwaymen Dalam Dunia Pasca-Apokalips

Siri terbaru Far Cry nampaknya akan menggunakan tema pasca-apokalips!

Ubisoft umumkan Far Cry: New Dawn di The Game Awards 2018 dan ia mengikuti pengakhiran Far Cry 5 yang mana bom nuklear melanda seluruh bumi. New Dawn menyambung 17 tahun selepas dunia ini hanya tinggal runtuhan.

Korang akan berentap melawan Highwaymen, sekumpulan manusia yang membunuh yang lainnya. Mereka diketuai oleh Mickey dan Lou, dua wanita yang sangat kejam. 

The Highwaymen akan mengacau resources dari Hope County yang sebenarnya adalah daerah yang masih mempunyai harapan untuk hidup.

Untuk melawan mereka, korang perlu bina Prosperity, satu lokasi yang mana warga Hope County boleh berkumpul. Semakin banyak sumber dan usaha yang korang bagi pada Prosperity akan menguatkan lagi komuniti ini, memberikan kebolehan untuk cipta senjata baru dari item yang korang kumpul dari runtuhan dunia lama.

Korang juga boleh latih Guns for Hire, karakter dibawa bersama nanti.

Elemen terpenting dalam New Dawn adalah akses kepada Expeditions dari Prosperity. Walaupun korang ditempatkan dalam Hope County untuk sepanjang permainan, korang juga boleh lawat lokasi lain untuk menyaksikan bagaimana kawasan itu terkena impak dari letupan nuklear sejak 17 tahun lepas.

Dalam misi yang terdapat dalam ini, korang akan menjejak kubu Highwaymen menerusi kawasan berlainan sama ada dengan stealth, meluru masuk dengan tembakan ataupun mencuri sumber.

Baca lanjut: 

RELATED NEWS

+