pelakon-pelakon memakai baju askar moden membangkitkan perbincangan sensasi dalam kalangan peminat tegar siri Monster Hunter."> pelakon-pelakon memakai baju askar moden membangkitkan perbincangan sensasi dalam kalangan peminat tegar siri Monster Hunter." /> pelakon-pelakon memakai baju askar moden membangkitkan perbincangan sensasi dalam kalangan peminat tegar siri Monster Hunter." />

Filem Monster Hunter Menunjukkan Tony Jaa Menghunus Giant Jawblade, Sinopsis Rasmi Didedahkan

Sebelum ini, kita diberikan sedikit gambaran filem Monster Hunter melalui imej set filem dimuatnaik oleh Milla Jovovich. Namun, ia  tampak lebih cenderung seperti filem Call of Duty dengan pelakon-pelakon memakai baju askar moden membangkitkan perbincangan sensasi dalam kalangan peminat tegar siri Monster Hunter.

Sony akhirnya mendedahkan imej rasmi menampilkan Jovovich bersama pelakon Thailand, Tony Jaa merentasi padang pasir dipanggil sebagai Atlantis Dunes di Afrika Selatan.

Selain itu, syarikat produksi Sony, Screen Gems turut memberikan sinopsis rasmi filem ini yang mengisahkan Leftenan Natalie Artemis (Milla Jovovich) bersama askar-askar di bawah kepimpinannya tiba-tiba terjerumus masuk ke dalam dunia baru iaitu dunia Monster Hunter. Demi mempertahankan kelangsungan hidup dalam berhadapan raksasa gergasi ini, Artemis akan bekerjasama dengan seorang lelaki misteri yang sudah mengetahui jalan untuk bertarung kembali ke dunia nyata.

Melihat kepada gambar di atas, Jovovich pernah berkongsi sedikit huraian tentang karakternya mempunyai sepasang Dual Blades di bahagian belakang badan, sepucuk pisau di bahagian peha, dan Slinger di bahagian tangan kiri seperti ditonjolkan dalam laman Instagram peribadinya.

Buat pertama kali, Tony Jaa muncul sebagai Hunter sambil menghunus pedang Great Jawblade dan menyandang Great Hunter’s Bow di bahu kanannya. Kostum dan perwatakan karakter Jaa juga tampak seperti Field Team Leader dari Monster Hunter World. 

Imej kiri adalah perisai Odagaron sebenar untuk Artemis manakala imej kanan menunjukkan kostum Field Team Leader tampak sama seperti Hunter dalam filem.

Menurut pengarah filem Monster Hunter, Paul W.S. Anderson melalui temuramah IGN, Anderson berkata karakter baru, Captain Natalie Artemis berfungsi sebagai kacamata penonton iaitu sebuah “avatar audiens untuk menyelami dunia Monster Hunter.” Jika korang lihat secara dekat, perisai Artemis sebenarnya mendapat inspirasi terus daripada set perisai Odogaron.

Filem ini akan membawa penonton ke pelbagai jenis lokasi bukan sahaja terhad kepada pemandangan bukit-bukau atau padang pasir. Anderson menjanjikan visual filem ini akan gempak sama seperti korang bermain game asal, “Terdapat bahagian yang menonjolkan hutan tebal ala-ala Monster Hunter World. Kemudian, apabila penonton tiba di klimaks, filem ini akan mengambil tempat sekitar zaman peradaban purba (Ancient Civilization) yang banyak kali dirujuk dalam Monster Hunter.”

Setakat ini, filem Monster Hunter kelihatan seperti menuju ke arah yang betul. Namun, Anderson pernah mengarahkan siri filem Resident Evil bersama-sama Jovovich membintangi kesemua filem itu dan siri Resident Evil ke layar perak mendapat reaksi bercampur baur dalam kalangan peminat game asal dan penonton umum.

Buat masa sekarang, tiada lagi tarikh tayangan diumumkan bagi filem Monster Hunter.

RELATED NEWS

+