Ghost of Tsushima siap dibangunkan, akan dilancarkan pada 17 Julai

Sucker Punch Productions telah mengumumkan bahawa permainan video terbaru mereka iaitu Ghost of Tsushima telah siap dibangunkan. Nampaknya pelancarannya tidak akan ditangguhkan lagi.

Ghost of Tsushima dijadualkan untuk dilancarkan secara eksklusif di PlayStation 4 (PS4) pada 17 Julai tahun ini. Sebelum ini, ia dijadualkan untuk tiba pada 26 Jun.

Selepas pelancaran The Last of Us Part II, kemungkinan besar Ghost of Tsushima ialah permainan video eksklusif PS4 yang terakhir.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+