Horizon Forbidden West disahkan akan tiba di PS5 tahun depan

Sony Interactive Entertainment telah memuat naik sebuah video baharu tentang permainan video yang akan dilancarkan di PlayStation 5 (PS5) iaitu Horizon Forbidden West.

Dalam video tersebut, Mathis de Jonge, Pengarah Horizon Forbidden West, menceritakan tentang kawasan-kawasan baharu judul tersebut dan juga mengesahkan bahawa ia akan dilancarkan pada tahun depan.

Beliau menyatakan bahawa terdapat pelbagai jenis raksasa mesin baharu yang akan ditemui di peta baharu yang bertempat dari Utah sehingga Lautan Pasifik.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+