Hyrule Warriors: Age of Calamity akan tiba di Nintendo Switch pada 20 November

Hyrule Warriors: Age of Calamity telah diumumkan untuk Nintendo Switch dan ia akan dilancarkan pada 20 November ini. Jalan cerita permainan ini berlaku 100 tahun sebelum The Legend of Zelda: Breath of the Wild.

Permainan ini bukan sekuel kepada permainan Hyrule Warriors pertama yang dilancarkan pada tahun 2014. Ia menggunakan sistem permainan yang lebih kurang sama.

Dalam Age of Calamity, pemain akan bermain sebagai watak-watak dari Breath of the Wild seperti Link, Zelda, dan Four Champions. Misi anda adalah untuk menyelamatkan Hyrule daripada kemusnahan.

Selain daripada aspek pertarungan, permainan ini juga mengandungi unsur-unsur penyelesaian teka-teki, pembuatan bahan-bahan, dan penggunaan kuasa Sheikah Slate (satu objek yang semestinya dikenali oleh pemiant Breath of the Wild).

Untuk maklumat lanjut mengenai Hyrule Warriors: Age of Calamity, anda boleh melayari laman web rasminya di sini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+