Kejohanan Tokyo Tekken Masters 2020 Ditunda Akibat Coronavirus

Tahun 2020 sepatutnya menjadi tahun yang sangat memberangsangkan bagi industri e-sukan. Malangnya, penyebaran wabak COVID-19 menyebabkan banyak kejohanan e-sukan ditunda dan dibatalkan.

Berita terkini daripada pihak Bandai Namco mengesahkan bahawa kejohanan Tokyo Tekken Masters 2020 juga telah ditunda sebagai langkah berjaga-jaga terhadap COVID-19.

Tokyo Tekken Masters 2020 sepatutnya berlangsung dari 4 April sehingga 5 April 2020, justeru menjadikan ia kejohanan Tekken 7 pertama untuk tahun 2020. Tarikh baharu untuk kejohanan ini masih belum ditetapkan.

Mengikut jadual acara Tekken World Tour 2020, kejohanan Tekken 7 seterusnya ialah Norcal Regionals yang akan berlangsung pada 10 April 2020 di San Jose, California.

Setakat ini, terdapat lebih daripada 200 kes COVID-19 yang disahkan di Jepun dan enam kematian akibat penyakit tersebut.

Sumber: Bandai Namco

Foto: Bandai Namco

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+