Kemaskini PS4 Baru Membolehkan 16 Orang Dalam Party Chat & Remote Play Untuk Android

Sony baru sahaja mengumumkan sistem kemaskini PlayStation 4 versi 7.00 yang mana menaiktaraf sistem party chat dan remote play.

Bagi mereka yang gemar main beramai-ramai bersama kawan-kawan tetapi tak dapat peluang masuk parti yang sama, jangan risau. 

Sistem party chat terbaru boleh memuatkan seramai 16 orang dalam satu parti iaitu dua kali ganda daripada parti sebelum ini yang hanya boleh ada 8 orang dalam sesuatu masa. 

Untuk menampung 16 orang dalam satu chat, PS4 juga mengukuhkan sistem rangkaian dan kualiti audio lebih memuaskan. Terdapat juga sokongan aksesibiliti yang memberi transkripsi terhadap chat parti.

Melalui PS4 Party App di telefon pintar korang, perbualan akan ditukarkan kepada teks atau menukarkan suara korang menjadi teks yang dilaungkan kepada ahli parti lain. Tetapi, fungsi ini cuma tersedia di Amerika Syarikat sahaja buat masa sekarang.

PS4 Remote Play adalah sesuai untuk mereka yang mahu bermain game PS4 melalui skrin telefon pintar. Berita baik buat pengguna Android, Remote Play boleh digunakan untuk telefon Android 5.0 dan ke atas. 

Pemain juga boleh gunakan controller DualShock 4 untuk Remote Play di Android, iPhone, iPad dan Mac. Korang perlu mengemaskini perisian telefon pintar ke Android 10, iOS 13, iPadOS atau macOS Catalina (akan datang dalam Oktober ini) untuk menggunakan DualShock 4 melalui telefon pintar.

Semua ciri-ciri peningkatan PS4 ini amat bermanfaat jika korang ada sambungan Internet yang pantas. Untuk mereka yang tiada Internet laju itu… bersedialah dengar suara geng pecah-pecah dalam party chat.

Sebagai peringatan, kemaskini PS4 versi 7.00 akan hadir dalam minggu ini.

Sumber: PlayStation

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+