M2: 10S Gaming Frost tak pernah scrim dengan pasukan lain, simpan strategi

Kejohanan dunia Mobile Legends: Bang Bang, M2 menyaksikan pelbagai pasukan dari pelbagai negara termasuklah pasukan 10s Gaming Frost yang berasal dari Jepun.

Pasukan 10s Gaming Frost ini memberikan saingan yang hebat kepada pasukan-pasukan yang datang dari MPL untuk acara M1 yang lalu dengan memperkenalkan meta support Rafaela.

Persiapan mereka untuk menjuarai liga dunia M2 tidaklah sama dengan pasukan yang lain. 

Kenyataan dari Obuyan berkaitan 10s Gaming Frost tidak pernah scrim bersama skuad lain adalah untuk tidak mendedahkan kemampuan serta strategi mereka di M2.

Mereka lebih selesa berlatih dengan sendiri dan mengkaji strategi pasukan lawan tanpa berlawan dengan pasukan tersebut.

Obuyan yang terkenal dengan permainan meta yang pelik ketika acara M1 yang lalu dengan menggunakan Rafaela sebagai support di peringkat kumpulan dan juga playoffs memberikan kejutan kepada para penonton kejohanan dunia tersebut.

Kita nantikan kemunculan pasukan 10s Gaming Frost di M2 kali ini, adakah pasukan mereka masih berbisa dan disegani seperti M1 yang lalu.

Sumber rujukan: ONE Esports

RELATED NEWS

+