Mafia: Trilogy diumumkan, maklumat lanjut akan dikongsikan pada 19 Mei 2020

Siri permainan Mafia tidak begitu popular apabila dibandingkan dengan siri permainan dunia terbuka lain seperti Grand Theft Auto dan Saints Row tetapi ia tetap mempunyai kumpulan peminat yang aktif. Kini mereka mendapat berita yang menggembirakan.

2K Games telah mengumumkan Mafia: Trilogy. Nampaknya, ia merupakan sebuah koleksi remaster untuk tiga judul utama siri tersebut iaitu Mafia, Mafia II, dan Mafia III.

Pada waktu ini, penerbit tersebut masih belum mengongsikan apa-apa maklumat tentang trilogi ini. Pengumuman rasmi dan maklumat lanjut judul ini akan dikeluarkan pada 19 Mei 2020. Mengikut waktu Malaysia, pengumuman tersebut akan dibuat tepat pada jam 12AM pada 20 Mei 2020.

Malangnya, maklumat penting seperti tarikh pelancaran Mafia: Trilogy serta beberapa screenshot daripada judul tersebut mungkin telah tertiris akibat kesilapan di Microsoft Store.

Menurut maklumat yang tertiris, trilogi tersebut akan dilancarkan pada 28 Ogos 2020 di PC, PlayStation 4 (PS4), dan Xbox One. Berikut adalah screenshot yang dimuat naik di laman Microsoft Store Mafia: Trilogy yang kini telah dipadamkan:

Sumber: VG24/7

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+