Metro Exodus Ditunda Tahun Ini – Bakal Hadir Ke PS4, PC & Xbox One Suku Pertama 2019

Deep Silver mengesahkan Metro Exodus akan ditangguhkan untuk PlayStation 4, Xbox One dan PC. Ia sepatutnya dikeluarkan pada tahun ini tapi ditangguhkan dan bakal dilancarkan antara Januari hingga Mac 2019. 

Metro Exodus adalah game ketiga (sambungan dari Metro: Last Light) dalam siri ini yang diadaptasi dari buku hasil karya Dmitry Glukhovsky. Exodus adalah permainan sandbox survival dengan stages yang besar dan levels yang linear bercampur dengan bukan linear. 

Dari segi penceritaannya, ia mengisahkan mengenai Artyom yang lari dari metropolitan Moscow bersama survivors lain. Ia juga menggunakan konsep penembakan tunggal (first-person) dalam dunia pasca apokalips. 

Walaupun tarikh penundaannya tidak diberitahu secara rasmi, peminat membuat spekulasi bahawa mereka mungkin ingin mengelak dari berdepan dengan pelancaran Red Dead Redemption 2 dari Rockstar yang mungkin akan ‘mengacau’ hasil jualan game tersebut.

Sumber: Gamespot

 

TAGS

RELATED NEWS

+