Mobile Legends: Di Manakah Rippo?

Nasib bekas pemain Geek Fam Mobile Legends, Muhammad Arif Abdul Halim (Rippo) penuh dengan tanda tanya selepas meninggalkan pasukan itu tak lama dulu.

Menurut laporan dari WTM Today, wakil Geek Fam menyatakan pemain dari Johor ini tak lagi bersama pasukan dan posisinya diganti oleh OzoraVeki dan Rumpel manakala Artz pula direhatkan dari beraksi untuk Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) musim keempat.

Bagaimanapun, persoalan hampir terjawab apabila Rippo dilihat bermain menggunakan nama depannya AERO bersama ahli pasukan yang lain. 

Adakah Rippo bersama pasukan Aerowolf?

Bukan itu saja, beliau juga memuat naik Instastory di Woodlands sekali gus menimbulkan tanda tanya jika beliau sudah pun menyertai skuad Mobile Legends bertapak di Singapura.

Ada kemungkinan kerana beliau berasal dari Johor dan perjalanannya ke Singapura tidaklah begitu jauh untuk tujuan latihan dan sebagainya.

Namun, ketika dihubungi MyGameOn, Rippo berkata pengumuman rasmi akan dibuat dalam masa terdekat.

Ketika bersama Geek Fam, Rippo pernah menjuarai MPL MY/SG musim ketiga dan bertanding di Piala Asia Tenggara MLBB (MSC) serta Clash of Champions (COC) di Singapura.

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+