Mobile Legends: “Kami Akan Cuba Pelbagai Meta Baru Di Musim Liga” – 2ez4Jepv

Pemain profesional Geek Fam Mobile Legends Malaysia, Mohd Haqqani Jaafar (2ez4Jepv) berhasrat untuk mempelbagaikan strategi dan taktik pada musim liga bagi Liga Profesional Mobile Legends MY/SG (MPL) Musim Keempat yang akan berlangsung pada 24 Ogos ini.

“Kemasukan Rumpel dan OzoraVeki menutup kekurangan yang ada pada Geek Fam selepas MPL musim ketiga. Pasukan hebat lain macam EVOS sudah tahu taktik kami.

“Jadi kali ini, Xorn akan cuba buat pertama kalinya main sebagai hard carry (posisi penting) untuk musim liga,” katanya ketika ditemui MyGameOn selepas tayangan eksklusif dokumentari Against The Odds di Sunway University, Selangor, semalam.

Sementara itu, dua pemain baru OzoraVeki dan Rumpel yang baru menyertai skuad itu selama tiga minggu mempunyai hero pool yang agak besar. 

“Sebelum ini, Geek Fam membawakan hero fighter seperti Leomord dan Thamuz tapi kali ini, Badang, Lapu-lapu, Terizla juga akan kami cuba mainkan.

“Veki juga mahir bermain menggunakan hero penting seperti Lylia, Lunox, Kadita dan Harith,” katanya.

Jep berkata, mereka cuba memantapkan lagi keserasian dengan latihan bersama.

“Kami akan cuba menambahkan keserasian dengan lebih banyak main perlawanan bersama.

“Dengan itu, kami akan sedaya upaya membawakan taktik baru di musim liga. Kalau dapat keluarkan sedikit (tonjolkan meta) pun dah memadai. 

“Kami sasar untuk kekal di upper bracket,” katanya.

Gambar featured image: FB Geek Fam Mobile Legends Malaysia

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

TAGS

RELATED NEWS

+