Monster Hunter: World Akan Dilancarkan Di PC Pada Musim Luruh 2018

Kita dah tahu Monster Hunter: World versi PS4 dan Xbox One akan hadir tak lama lagi tapi untuk PC pulak, mungkin lebih lama masa untuk korang tunggu.

Tapi janganlah risau, #PCMasterRace semua, Capcom ada bagitau bila korang dapat tahu tarikh itu iaitu pada musim luruh. Mengikut kalendar tahun ini, musim itu bermula pada September.

Dalam video terbaru di akaun Twitter rasmi Monster Hunter: World, Produser game itu, Ryozo Tsujimoto ada update untuk status versi PC. 

“Kami bertungkus lumus sekarang dan menjangkakan untuk keluarkannya pada musim luruh 2018. Kami akan berkongsi lanjut untuk perkembangan seterusnya. Terima kasih atas kesabaran anda semua,”

Twit itu menandakan versi PC sedang dioptimumkan. Team MyGameOn sendiri masih tak tahu bagaimana kedua-dua platform ini membezakan visual antara satu sama lain tapi yang pastinya, versi di PC mempunyai pelbagai pilihan untuk peningkatan visual.

Monster Hunter: World akan dilancarkan di PlayStation 4 dan Xbox One pada 26 Januari. Ia mengisahkan tentang kembara memburu raksasa dan dikeluarkan oleh Capcom.

TAGS

RELATED NEWS

+