MPLI: Geek Fam mara ke pusingan seterusnya

Dalam Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPLI) hari ini, pasukan Malaysia, Geek Fam berjaya mara ke pusingan seterusnya selepas menewaskan skuad Indonesia, Genflix Aerowolf 2-0 di pusingan lower bracket tadi.

Kedua-dua pusingan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan bermain meta hyper carry (1-3-1) dan Geek Fam mempertaruhkan Dominus dengan Valir dan Xorn sebagai Popol yang membantu untuk poke serta memberi map control berkesan kepada mereka.

Pada game kedua, Aerowolf seolah sukar untuk membuat comeback kerana percaturan yang kurang memberangsangkan pada pemilihan hero ketika draft pick.

MPLI mengumpulkan pasukan terbaik MLBB dari empat negara, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Myanmar.

Berita lanjut menyusul…

RELATED NEWS

+