MPLI: RRQ julang #IndoPride, tewaskan Resurgence 3-0 semalam

Pasukan hebat Indonesia, Rex Regum Qeon (RRQ) sekali lagi menunjukkan dominasi #IndoPride di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends: Bang Bang (MPLI) selepas berjaya menewaskan Resurgence, 3-0 dalam perlawanan Grand Final semalam.

RRQ yang terdiri daripada R7, XIN, Lemon, LJ dan VYN mendominasi kesemua perlawanan tanpa tewas. Mereka sebelum ini memang cemerlang di upper bracket dengan menewaskan juara M1, EVOS Legends.

Kemenangan itu berjaya membuatkan mereka memenangi sebahagian besar dari pecahan hadiah terkumpul sekitar RM400,000 yang dipertandingkan.

Ikuti kami di Facebook, Twitter dan Instagram.

Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+