Nintendo Switch Terjual Lebih 17.79 Unit, Super Mario Odyssey Sebanyak 10.41 Juta Unit!

Laporan pendapatan Nintendo akhirnya diterbitkan hari ini apabila syarikat Kyoto itu bertemu dengan pelabur untuk mengumumkan jualan perisian (game) dan hardware (produk) selain memperkenalkan presiden seterusnya. Apa pun, Nintendo Switch mengalami keuntungan luar biasa, lebih hebat berbanding jangkaan ramai orang.

Sehingga 31 Mac, Nintendo melaporkan 17.79 juta unit Switches terjual — bukan dipasarkan, tapi dijual — di seluruh dunia. Ini tentunya melenyapkan objektif syarikat itu yang hanya menyasarkan 14 juta unit dalam tahun fiskal berakhir pada Mac. Untuk hampir 6 bulan dilancarkan, Switch terjual sepenuhnya dalam talian dan di premis jualan seluruh dunia dan ia tak menunjukkan jualan yang perlahan sejak itu.

Sudah tentunya, kalau Switch banyak terjual bermakna banyak juga perisian (game) yang terjual. Kita dengar bagaimana developer third party yang menceritakan bagaimana hasil jualan produk mereka di Switch terjual melebihi jangkaan dengan satu syarikat pembangun game bebas mengesahkan Switch menyelamatkan syarikatnya. Kebanyakan game sudah terjual lebih 1 juta unit:

Super Mario Odyssey – 10.41 juta unit
Mario Kart 8 Deluxe – 9.22 juta unit
Zelda BOTW – 8.48 juta unit
Splatoon 2 – 6.02 juta unit
1-2 Switch – 2.29 juta unit
ARMS – 1.85 juta unit
Xenoblade 2 – 1.31 juta unit
Kirby Star Allies – 1.29 juta unit

Ia menakjubkan! Super Mario Odyssey terjual lebih 10 juta unit bukan lagi satu kejutan tapi mengejutkan betapa cepat ia melepasi rekod itu. Breath of the Wild tentunya akan melepasi angka 10 juta tak lama lagi.

Nintendo menjangkakan Switch akan terus terjual melepasi 20 juta tahun ini. Ini bermakna pada tahun depan, mungkin 40 juta unit Nintendo Switch akan didapati di rumah kediaman gamers seluruh dunia. 

Adakah mungkin Nintendo akan mengatasi Microsoft tahun ini? atau mungkin PS4?

Sumber: Comicbook

RELATED NEWS

+