#OCS2019 – Grayhound Muncul Juara CS:GO Peringkat Asia Pasifik, Bawa Pulang RM83,000

Selepas bertungkus lumus dalam saingan best of 3 Grand Final Omen Challenger Series 2019, pasukan Grayhound akhirnya bergelar juara selepas menewaskan skuad Thailand, Alpha Red dengan rekod kemenangan 2-1. 

Mereka membawa pulang hadiah wang tunai RM83,000 berserta trofi.

Kejohanan Counter Strike: Global Offensive (CS:GO) ini membariskan 12 pasukan terbaik dari rantau Asia Pasifik bertanding sejak Jumaat hingga Ahad di Jakarta Convention Center, Jakarta, Indonesia.

Ia mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM208,000.

Berita lanjut menyusul..

RELATED NEWS

+