Overwatch Kini Mencatatkan 40 Juta Jumlah Pemain Di Seluruh Dunia

Selepas dua tahun dilancarkan, Overwatch terus menambat hati pemain baru dalam dunia tembak menembak kompetitif. Dalam perkembangan terbaru, Pengarah Permainan, Jeff Kaplan mendedahkan Overwatch kini mencatatkan 40 juta jumlah pemain.

Angka 40 juta itu menunjukkan 5 juta kenaikan dari 35 juta jumlah pemain pada Oktober 2017. Permainan ini bagaimanapun mempunyai kadar penambahan pemain yang kurang sejak tahun pertama dan maklumat mengenai 40 juta jumlah pemain ini juga tak memperincikan sama ada ia adalah active playerbase atau dari platform mana mereka bermain.

Tapi tentunya angka ini menjadi kenyataan kerana inisiatif Blizzard yang menganjurkan Overwatch League menarik sehingga 10 juta tontonan di seluruh dunia dalam minggu pertama di Januari. 

Dengan penambahan lima juta pemain ini, Blizzard mesti berbuat sesuatu untuk ‘menyimpan’ pemain baru dan lama dengan updates berterusan. 

Ulang tahun kedua Overwatch ini akan memperkenalkan mod permainan baru dan skins. Juga terdapat inisiatif lain seperti menghapuskan toxicity dalam kalangan pemain dengan sistem laporan lebih baik, sistem peringatan dan video-video di Youtube dan Twitch yang menunjukkan hukuman kepada pemain yang toksik.

Sumber: Gamesindustry.biz

RELATED NEWS

+