Pasukan Resurgence Akan Berentap Dalam Kelayakan Akhir Ke Arena of Valor World Cup (AWC) Minggu Ini

Nampaknya pasukan AOV akan berdepan dengan cabaran negara pada Ahad ini! Mereka akan bertarung untuk mendapatkan SATU slot untuk mewakili negara dalam kejohanan Arena of Valor World Cup (AWC) yang menawarkan hadiah wang tunai terkumpul USD$550,000!

Tiga pasukan dari Malaysia, Singapura dan Filipina akan bertarung untuk membuktikan pasukan mana paling hebat dalam server Valiant ini. Mereka akan bertanding dalam Grand Finals di SM Mall of Asia di Pasay City, Filipina pada 26 dan 27 Mei ini.

Pada minggu lepas, Malaysia dan Singapura menentukan wakil negara masing-masing yang mana menyaksikan pasukan Resurgence (Malaysia) dan Tamago (Singapura) meraih juara untuk kelayakan peringkat nasional. Hujung minggu ini, mereka akan bertembung dengan pasukan dari Filipina pula dalam format Round Robin dan siri Best-of-7!

Garena AOV adalah permainan mudah alih genre MOBA yang boleh dimuat turun di App Store dan Play Store. Ikuti perkembangan lanjut pusingan kelayakan akhir untuk kejohanan AWC di Los Angeles, Amerika Syarikat, Julai ini di Facebook mereka.

Korang juga boleh tonton livestream Grand Final itu di laman rasmi Facebook Garena Arena of Valor di SINI

RELATED NEWS

+