Pencabar utama Airpods Pro, Galaxy Buds Pro dari Samsung sudah tiba

Samsung baru sahaja melancarkan koleksi fon telinga nirwayar premium yang terbaharu iaitu Galaxy Buds Pro.

Antara ciri-ciri baru yang hadir bersama dengan Galaxy Buds Pro ini ialah pembatalan hingar aktif (active noise canceling) yang tentunya dipadankan dengan kualiti mikrofon dan audio yang premium, sesuai dengan nama yang diberikan. Sudah tentu koleksi ini menjadi pencabar utama Airpods Pro dari Apple dalam segmen fon telinga nirwayar.

Fon telinga nirwayar ini turut dilengkapi dengan woofer bersaiz 11 milimeter untuk kualiti bass yang enak, serta tweeter bersaiz 6.5 milimeter. Selain itu, teknologi pembatalan hingar aktif Samsung membolehkan ianya mampu menapis sehingga 99% bunyi latar. Bagi pengguna yang ingin bersatu dengan alam sekitarnya, ciri Ambient Sound dari Samsung memberikan kepuasan mendengar bunyi sekitar sehingga 20 kali ganda.

Galaxy Buds Pro juga datang dengan 3 mikrofon serta VPU (Voice Pickup Unit) pada setiap satu fon telinga untuk kejelasan suara yang terbaik. Salah satu daripada tiga mikrofon ini berfungsi untuk menapis bunyi latar, sesuai dengan penarafan tinggi SNR (Signal to Noise Ratio) yang diberikan.

Reka bentuk Galaxy Buds Pro yang leper serta teknologi Wind Shield yang terbina di dalamnya secara langsung mengurangkan rintangan angin bagi pengguna yang aktif bersukan sambil mendengar lagu.

Dalam pada itu, Galaxy Buds Pro ini dilengkapi dengan ciri Auto Switch, yang membolehkan pengguna telefon atau tablet Samsung untuk menukar sumber audio dari dua peranti ini dengan sepantas kilat. Misalnya, anda boleh mendengar lagu di tablet Samsung dan menjawab panggilan telefon menggunakan telefon Samsung anda dalam masa yang sama tanpa perlu menukar apa apa tetapan.

Untuk rujukan, fon telinga nirwayar ini menjanjikan penggunaan sehingga 18 jam dengan ciri pembatalan hingar aktif, diaktifkan. Apabila ANC dipadamkan, Galaxy Buds Pro mampu bertahan sehingga 28 jam.

Galaxy Buds Pro dari Samsung datang dengan tiga warna menarik : Phantom Black, Phantom Silver dan Phantom Violet. Pengguna boleh mendapatkan produk ini bermula 15 Januari dengan harga sebanyak RM 799.

Pre-order adalah dari 15hb – 28hb Januari 2021, hanya klik di sini!

Penulis: Muhammad Zulikhmal Bin Zulkarnine

RELATED NEWS

+