Permainan Video Seram Ini Diinspirasikan Dari Karya Junji Ito

Bila fikir tentang genre seram, ramai antara kita semestinya tahu tentang buku manga yang ditulis dan dilukis oleh Junji Ito.

Kalau anda tercari-cari permainan seram yang ada elemen seram seperti karya Junji Ito, anda patut cuba World of Horror.

Permainan tersebut baru sahaja dilancarkan dalam fasa early access di Steam. Ia boleh dibeli pada harga RM32 sahaja.

Dalam World of Horror, anda boleh pilih untuk main sebagai salah seorang daripada lima watak dan terdapat 10 misteri untuk anda selesaikan.

Misteri-misteri itu semua sangat menyeramkan. Salah satunya ialah anda perlu masuk ke kawasan sekolah pada waktu malam dan selamatkan rakan anda yang mungkin telah diculik raksasa atau hantu.

Berdasarkan apa yang anda lakukan, setiap misteri akan memberikan beberapa konklusi yang berbeza. Ia bergantung pada kebolehan anda untuk pastikan diri anda tidak dibunuh.

Kalau anda tidak mempunyai sebuah komputer bangsawan yang berkuasa ibarat kereta lumba, jangan risau. Permainan ini hanya menggunakan grafik pixel ala-ala zaman awal komputer Macintosh.

Satu fakta menarik tentang permainan ini ialah segala paparan yang anda lihat dalamnya direka sepenuhnya menggunakan MS Paint. Ya, aplikasi yang terdapat pada semua PC Windows itu.

Cara permainannya pula sangat mudah. Ia dimainkan seperti permainan tunjuk dan klik (point-and-click) dan anda hanya perlu sesuaikan diri dengan antara muka (interface) yang dipaparkan.

Permainan ini juga mempunyai elemen role-playing game (RPG) di mana anda boleh level up watak yang dimainkan supaya menjadi lebih kuat. Selain itu, anda juga akan memperoleh pelbagai item serta senjata yang boleh digunapakai.

Sumber: Steam

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+