Permainan video Test Drive baharu akan didedahkan pada 8 Julai

Sudah lama kita tidak mendengar tentang siri permainan video perlumbaan Test Drive. Masih terdapat ramai pemain siri Test Drive Unlimited yang menunggu sebuah sekuel dan nampaknya, impian mereka akan menjadi kenyataan.

Laman Twitter rasmi Test Drive telah memuat naik sebuah video acah untuk judul mereka yang seterusnya. Ia akan didedahkan sepenuhnya di acara digital Nacon Connect yang akan berlangsung pada 8 Julai 1AM (waktu Malaysia).

Di acara tersebut, pembangun-pembangun terkenal lain seperti Spiders (Greedfall) dan Cyanide Studio (Werewolf: The Apocalypse – Earthblood) juga akan mempersembahkan projek-projek terbaru mereka.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+