Bagi menghadapi Liga Profesional PUBG Mobile Malaysia dan Singapura musim kedua (PMPL MY/SG), Yoodo Gank sah mengambil bekas pemain Geek Fam (Azmal Jasni) atau iNaoki sebagai pemain kelima atau pemain ganti (stand-in).
Dalam satu posting di Facebook, Yoodo Esports mengesahkan perkara itu.
PMPL MY/SG Musim Kedua akan bermula pada 18 Ogos ini dan mengumpulkan 24 pasukan PUBG Mobile terhebat di Malaysia dan Singapura merebut hadiah terkumpul RM630,000.