#PMPLSEA: Team Secret kini menduduki tempat ketiga

Pasukan Team Secret Malaysia berjaya menduduki tempat ke-3 ketika ini setelah mereka berjaya mendapatkan tempat ke-4 di peta Erangel sebentar tadi.

Posisi Uhigh yang mantap berjaya meloloskan diri dari pihak musuh setelah beliau berjuang seorang diri apabila pasukan Team Secret diratakan.

Pasukan Indonesia, Aerowolf pula masih menduduki tempat pertama di dalam carta kedudukan dan pasukan Malaysia, GeekFam kekal di tempat ke-2.

PMPL SEA Finals 2020 menyaksikan 16 pasukan berentap untuk merebut hadiah terkumpul AS$150,000 (RM623,625).

RELATED NEWS

+