Prince Of Persia Muncul Dalam For Honor Untuk Acara Waktu Terhad

Lama sungguh kita tidak mendengar apa-apa tentang siri permainan video Prince of Persia yang menjadi sangat popular pada zaman PlayStation 2 (PS2). Tahun ini, Ubisoft membawa kembali The Prince tetapi malangnya, bukan untuk sebuah permainan video baharu.

Bermula pada hari ini sehingga 2 April 2020, Ubisoft mengadakan sebuah acara waktu terhad untuk For Honor yang bertajuk Blades of Persia. Ia mempunyai dua babak dan babak kedua akan bermula pada 19 Mac 2020.

Dalam acara ini, pemain boleh mengakses sebuah mod permainan baru iaitu Ruler of Time. Mod ini sama seperti Dominion tetapi watak The Prince akan hadir dari semasa ke semasa untuk memburu semua pemain, tidak mengira pasukan.

Pasukan yang berjaya membunuh The Prince akan diberi ganjaran 150 markah. Ruler of Time dimain di versi baru peta The Harbor yang penuh dengan pasir dan perangkap baharu.

Babak kedua acara ini akan mengubahkan sekali lagi peta The Harbor. Ia akan ditukarkan ke waktu malam dan watak The Prince akan berubah menjadi Dark Prince.

Acara Blades of Persia memperkenalkan 26 senjata baharu untuk dikumpulkan. Para pemain juga diberi sebuah Event Pass percuma yang mempunyai 30 tahap untuk memperoleh pelbagai pakaian dan item estetik baru.

Sumber: Ubisoft

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+