PSX SEA 2018 Akan Dianjurkan Di Bangkok Pada 18 & 19 Ogos Ini

Kalau tahun lepas, PSX Sea (PlayStation Experience) diadakan di Kuala Lumpur. Kali ini, ia akan diadakan di Bangkok, Thailand pada 18 dan 19 Ogos ini. Bertempat di GMM Live House @ Central World, Bangkok, acara ini berlainan kerana diadakan selama dua hari (hanya sehari di Malaysia).

Peminat akan menikmati demo terkini untuk permainan PlayStation 4 yang rata-ratanya akan diperlihatkan kepada gamers di serata Asia Tenggara. Permainan disahkan antaranya: Blood and Truth, ASTROBOT: Rescue Mission dan Firewall: Zero Hour. Banyak lagi permainan dan aktiviti menarik akan diumumkan tak lama lagi.

PSX SEA 2018 juga belum menyediakan senarai developer yang akan hadir dan maklumat lanjut mengenai senarai penuh permainan yang akan diperlihatkan. Korang boleh layari laman web PSX SEA untuk info lanjut.

RELATED NEWS

+