PUBG Mobile: Tencent Tingkatkan Sistem Anti-Godam Bagi Mengurangkan Jumlah Pemain Menipu

Lebih 100 juta anak mdua bermain PUBG Mobile setiap bulan.

Namun, di sebalik angka pemain yang tinggi itu, isu biasa seperti pemain yang menggodam (hacking) masih lagi berleluasa. Pembangun permainan mudah alih ini, Tencent bagaimanapun cukup pantas mengambil tindakan.

Terbaru, mereka mempunyai seramai 300 pekerja dalam satu unit yang dikhususkan untuk menjalankan inisiatif anti-penggodaman.

Mereka menggunakan pengesanan perisian, pemerhatian dalam permainan dan kelakuan kurang menyenangkan dari pemain. Tencent melaporkan, mereka mempunyai directory untuk perisian mencurigakan dan mereka sentiasa mengemaskini senarai itu.

Yang lebih efektif, mereka melihat jumlah laporan diterima seseorang pemain dan akan mengambil tindakan jika pemain itu benar menggunakan perisian tidak dibenarkan.

Tencent juga boleh mengenalpasti pemain yang menggunakan taktik luar biasa untuk memenangi perlawanan dengan cara menipu. Selain itu, mereka boleh ban pemain yang sedang dalam perlawanan jika mereka didapati menipu.

Sumber: TechRadar

Untuk berita lanjut mengenai gaming dan e-sukan, ikuti kami di FacebookTwitter dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+