PUBG Mobile: Teroka setiap peta dengan menaiki B.Duck!

PUBG Mobile mengumumkan kolaborasi terbaru bersama B.Duck, itik berwarna kuning yang terkenal dan kini ia boleh ditunggang dalam permainan tersebut.

Dalam acara Jelajah Dunia B.Duck ini, itik comel ini akan muncul  di lima peta PUBG Mobile termasuk Erangel, Miramar, Sanhok, Vikendi dan Livik. Di setiap peta, pemain akan diajak untuk menyertai beberapa misi. Mereka diberikan lapan fuel tokens untuk mengaktifkan B.Duck dan meneroka pulau daripada arah laut.

Setiap pemain yang berjaya menyelesaikan misi di peta boleh menebus postcard dan ganjaran lain. Jika anda menyelesaikan keseluruhan misi di lima peta, akan menerima Set Common Kid.

Dari segi kosmetik, pemain boleh mendapatkan pakaian bertemakan B.Duck.

Jangan lupa untuk sertai!

RELATED NEWS

+