SuperData."> SuperData." /> SuperData." />

PUBG Terjual Sebanyak 5 Juta Unit Pada Oktober, Laporan Dari SuperData

PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) mencatatkan jualan tertinggi dalam Oktober dengan 5 juta unit terjual seperti dilaporkan oleh firma SuperData.

Terbaru, game itu kini terjual lebih 20 juta! Lebih menarik, jumlah ini akan terus meningkat memandangkan ia akan dilancarkan di Xbox One dalam beberapa minggu lagi.

PUBG bagaimanapun berdepan saingan agak sengit dari Fortnite: Battle Royale kerana permainan itu boleh dimainkan secara percuma dan sedia di pasaran konsol sebelum PUBG.

Bagaimanapun, Fortnite: BR menyaksikan angka keuntungan agak rendah berbanding PUBG. Ini kerana harga jualan PUBG melepasi jualan kosmetik barangan dalam Fortnite.

SuperData meramalkan bulan Disember akan menjadi bulan yang penting untuk kedua-dua game berikutan PUBG akan dilancarkan di konsol dengan penambahan peta kawasan padang pasir dan event masa terhad Fortnite sempena musim cuti akhir tahun.

PUBG juga masih kekal dengan rekod jualan paling laris untuk PC Game pada Oktober, hanya di belakang League of Legends.

RELATED NEWS

+