Rose and Camellia Dilancarkan Di iOS Dan Android

Permainan tampar menampar dengan format flash classic dari Nigoro iaitu Rose and Camellia kini dilancarkan di peranti pintar.

Pemain mengikuti perjalanan Reiko yang mengahwini Shunsuke Tsubakikoji namun suaminya itu meninggal dan keluarganya mendiskriminasikan Reiko kerana statusnya yang hanya seorang wanita biasa tanpa keturunan bangsawan. Reiko bagaimanapun akan menegakkan haknya ke atas rumah agam dan juga sebagai pewaris takhta selepas mengahwini anak sulung keluarga Tsubakikoji.

Dalam versi di PC, anda perlu swipe tetikus ke arah muka setiap musuh (adik beradik Shunsuke dan keluarga terdekat). Tapi dalam versi peranti pintar, anda swipe di skrin sentuh. Berbeza dengan PC, anda tidak berupaya untuk menghalang tamparan dengan 100% kerana perlu mengagak bila musuh akan menampar.

Penulis bagaimanapun gagal melepasi pusingan kedua melawan kakak kepada Saori Tsubakikoji. Dia boleh counter tamparan Reiko dan seolah tiada cara untuk menewaskannya. Diharap tahap kesukaran ini direndahkan bagi mengelakkan lebih ramai pemain kecewa.

Selain itu, sambungan kepada Rose and Camellia mungkin juga akan dikeluarkan ke peranti ini pada masa akan datang kelak.

Untuk pengetahuan anda, versi di browser PC akan ditamatkan pada 31 Disember ini apabila sokongan untuk Flash Player berakhir.

Download: Android, iOS

Sumber: Siliconera

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+