The Sims 4 dan Titanfall 2 kini boleh dimain di Steam

Siri permainan video Sims sangat popular di mana-mana saja terutamanya dalam kalangan pemain PC. Sebelum ini, versi PC The Sims 4 hanya boleh dimain melalui aplikasi Origin tetapi perkara itu sudah berubah.

Bermula hari ini, pemain PC boleh membeli dan main The Sims 4 melalui aplikasi Steam. Sebuah jualan khas sedang diadakan dan ia boleh dibeli pada harga RM79.50 sehingga 10 Julai tahun ini.

Kandungan-kandungan tambahan seperti Get Famous, Cats & Dogs, Discover University, Island Living, dan City Living juga boleh dibeli di Steam.

Selain daripada The Sims 4, permainan video lain terbitan Electronic Arts (EA) iaitu Titanfall 2 juga telah diperkenalkan di Steam. Apex Legends, satu lagi judul terbitan EA, akan dilancarkan di Steam pada musim luruh tahun ini.

Ikuti kami di Facebook dan Instagram.
Saksikan kami di YouTube.

RELATED NEWS

+