War Mode PUBG Datang Lagi Dan Kali Ini Dimainkan Di Peta Miramar

War Mode yang sangat popular dalam PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) kini kembali dan kali ini ia akan dipanggil Desert Knights dan mengambil tempat di Miramar. 

Ia adalah pertama kali untuk peta kedua PUBG menghoskan mod stail deathmatch ini. Selain itu, skuad saiz juga diperbesarkan yang mana Desert Knights menampulkan 10 skuad (5 orang 1 skuad) bertanding untuk menang berbanding 10 orang 3 skuad sebelum ini.

Selain 2 perubahan ini, mesti korang tau yang akan ada satu zon tetap untuk pemain berbunuhan sesama sendiri. Pemain akan hidup kembali selepas mati dan membunuh sehingga mendapatkan mata untuk pasukan. 200 mata pertama oleh skuad dikira pemenang.

Loot juga akan sekali lagi diberikan secara rawak kepada pemain tapi kali ini barangan diberikan lebih baik.  Versi Desert Knights ini sudah boleh mula dimainkan sekarang dan akan tamat pada 6 Mei. Mod ini juga boleh dimainkan dengan perspektif first-person atau third-person.

 

Sumber: Polygon

RELATED NEWS

+