Yakuza 6 Demo Membolehkan Pemain Menikmati Permainan Penuh Secara Percuma

Sega hari ini membuang demo Yakuza 6: The Song of Life di PlayStation Store US kerana tersilap membuatkan permainan penuh boleh dimainkan secara percuma.

Demo itu memang direka untuk menyertakan permainan penuh tapi hanya beberapa bab saja boleh dicuba. Tapi beberapa pengguna mendapat tahun Sega tidak meletakkan mekanisme locking untuk permainan penuh. Mereka (pengguna) dapat menikmati permainan itu secara percuma sehingga tamat.

Yakuza 6: The Song of Life adalah permainan video terkini dalam siri aksi-pengembaraan itu yang menampilkan penjahat di Jepun. Sepatutnya dilancarkan di US dan seluruh dunia pada 17 April ini tapi pengguna dapat bermain lebih awal kerana kesilapan tak disengajakan itu.

Sega memohon maaf dalam akaun Twitternya:

Sumber: Polygon

TAGS

RELATED NEWS

+