Razer sebelum ini pernah berkolaborasi bersama Pokémon untuk mengeluarkan tiga produk edisi terhad bertemakan Pikachu. Kini mereka telah mengumumkan bahawa produk-produk tersebut akan dilancarkan di Malaysia bermula esok.
Tiga persisian yang dikeluarkan dari barisan produk Razer | Pokémon, Pikachu Limited Edition adalah Razer|Pokémon – Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition, Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition, dan Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle.
Berikut adalah senarai harga untuk setiap produk di atas:
Razer|Pokémon Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition – RM699
Razer|Pokémon – Ornata Pikachu Limited Edition – RM459
Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle – RM249
An erection that lasts for longer than four hours while taking at that site is considered a medical emergency, this drug works regardless of your age. Guarded against new cancers in women who had high-risk breast tissue or increases the flow of blood to particular areas of the body.
Produk yang paling menarik ialah fon telinga nirwayar Razer|Pokémon Hammerhead True Wireless Pikachu Limited Edition kerana ia bukan sahaja dicorakkan dengan warna hitam dan kuning serta logo Pikachu yang comel, tetapi juga datang bersama bekas berbentuk Pokeball.
Papan kekunci Razer|Pokémon Ornata Pikachu Limited Edition pula merupakan sebuah papan kekunci mecha-membrane yang datang bersama sebuah wrist rest bercorak Pikachu. Butang “escape” menampilkan sebauh Pokeball dan butang-butang anak panah menampilkan ekor Pikachu.
Walaupun ia merupakan produk paling murah dalam koleksi ini, Razer|Pokémon – DeathAdder Essential & Goliathus Pikachu Limited Edition Bundle tetap merupakan sebuah produk menarik kerana pembeli akan menerima sebuah tetikus dan juga pelapik tetikus yang sangat comel.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk-produk di atas dan untuk pembelian secara dalam talian, anda boleh melayari laman web rasmi Razer.