Masa depan pemain profesional Overwatch 2 gelap selepas diharamkan akibat mencarut dalam game

Komuniti Overwatch 2 baru-baru ini berang dengan reaksi Blizzard terhadap seorang pemain profesional Overwatch 2 baru-baru ini.

Pemain bernama Mason ‘durpee’ Kuehne diharamkan selama sebulan dari bermain Overwatch 2 kerana mencarut di ruangan chat permainan.

Keputusan ini bakal mengakhiri karier kolej durpee kerana dia tidak dapat lagi bertanding akibat pengharaman ini. Dia dilaporkan menerima tajaan dari kolej itu untuk bermain e-sukan sambil belajar.

RAW VIDEO | OVERWATCH | ANA | CLASSIC | SHH | HIGHLIGHT INTRO | EGYPT -  YouTube

Reaksi Blizzard membuatkan komuniti marah kerana mengeluarkan kenyataan itu:

“Penapisan ada kepada sesiapa sahaja yang menggunakannya, tetapi carutan tidak dibenarkan dalam permainan video kami. Jika dilaporkan, kami akan mengambil tindakan,”

Carutan yang dibuat itu adalah antara carutan yang paling banyak digunakan dalam permainan video atas talian iaitu “sh*t” dan “f*ck”.

Ramai mempertikaikan keputusan Blizzard ini kerana ramai sebenarnya pemain dalam Overwatch 2 mencarut tetapi langsung tidak diendahkan.

Apa yang Blizzard lakukan ini adalah di luar kebiasaan dari hukuman mereka selalu berikan berkaitan pengharaman pemain.

Blizzard juga pernah menerima kecaman apabila mengharamkan pemain yang menaip “GG”, “yipppeee” dan “nice shot”.

RELATED NEWS

+